tekan dan pilih

✿◕ ‿ ◕✿ pilih dan click DI ATAS ✿◕ ‿ ◕✿

kalau suke like la :)

Tuesday, 11 October 2011

only u dady :)


aku sayangkan dia,
bermulanya umurku sewaktu ku dilahirkan,
dia sangat gembira,
disaat aku menangis,
disaat aku tidak lena tidur,
disaat aku mahukan sesuatu yang tidak dapat ditunaikan sepenuhnya,
dia tunaikan juga,
disaat umurnya yang masih muda berumahtangga,
tanpa menggunakan duit sesiapa untuk sesuap nasi,
dia sanggup mencari rezeki untuk keluarga sa,pai lewat malam.
disaat aku tidur dia pulang.
disaat aku bangun dia pergi mencari rezeki.
kadang-kadang sewaktu aku kecil,
aku sering marah dia dan berkata bahawa aku benci dia,sebab yang jaga makan minum,tidur adalah ibuku.dan untuk mengisi masa lapang mesti dia tiada.dan apabila balik je dia suka memarahi aku.tetapi..
semasa umurku 6 tahun,aku minta mainan,dia belikan mainan.
semasa umurku 12 tahun,aku minta hp,dia belikan hp.
setiap kali ulang tahun hari jadiku,mesti belikan sebijik kek dan juga hadiah.
supaya aku mengerti kasih sayang dia yang diberi.
tetapi,aku sering tidak mendengarr katanya.menjerit-jerit,memberontak jika tidak dapat sesuatu yang diinginkan oleh ku.
dia selalu mengajar aku supaya bersikap dewasa,
dia selalu marah,pakai rotan untuk menegur kesilapanku.bila aku menangis teresak-esak,dia pujuk ku dengan membawa berjalan-jalan.
semasa umurku 15 tahun,aku sangatla degil tidak mendengar kata-katanya.ayatnya mesti "kalau aku da tak ada dalam dunia ni macamana?" aku tidak hirau langsung,bahkan aku marah dan berkate "asyik cakap pasal nak mati saja".bagi aku tu semua kata-kata sensitif je.

tidak lama kemudian sewaktu umurku 16 tahun....

makcik aku jumpa aku dekat asrama,nak bawa aku balik.aku menjadi hairan sesangat.makcik aku bawa aku ke hospital.dalam hati aku dia cuma sakit biasa je,esok okey la tu.tetapi tak lama lepas tu dia g jumpa doktor balik.dan terpaksa ditahan wad selama 2 minggu.bagi aku dia tak pernah sakit,dan usianya baru 30 an lebih.tak lama selepas itu dia menghebuskan nafasnya yang terakhir tanpa aku tidak dapat melihatnya disaat waktu hembusan terakhir bersama adik bongsu ku.

yaallah,terkilan sangat-sangat..
baru aku paham
kenapa dia tak pernah bgtahu dia sakit,supaya tidak mahu anaknya risau dan menganggu pelajaran,
baru aku paham
kenapa dia cakap"kalau aku mati nanti macamana?"
baru aku paham
kenapa dia mesti nak tunaikan setiap permintaanku..supaya esok dia tak akan dapat tunaikan buat selamanya..
sebelum tu dia cakap"aku maafkan kau.da sayang aku selamanya.esok bagi aku hadiah pula"

baru aku tahu,
tanpa "dia" aku dapat belajar menghargai kasih sayang sesorang.
tanpa "dia" aku belajar berdikari
tanpa "dia" aku dapat merasa keperitan hidup "dia"
tanpa "dia" aku dapat merasa pengorbanan dan dugaan seperti "dia"
ternyata yang lebih hebat sayangkan "dia" ialah ALLAH.
ALLAH sayangkan dia kerana "dia" AYAH yang terhebat dan paling disayangi.. susah untuk mencari penganti macam "dia"
hadiah yang paling berhanga adalah "alfatihah,yasin serta doa kesejahteraan untuknya"  :")

No comments:

Post a Comment

sebarang pertanyaan bolehlah ke ruangan ini

HEY! pkembgan tbaru!!

get this widget here